fbpx

Hujan berterusan tahap buruk hingga esok di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memindahkan mangsa banjir di Kanowit selepas dua rumah panjang dinaiki air akibat hujan berterusan malam tadi. - IHSAN PGO JBPM SARAWAK

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.

MetMalaysia menerusi kemas kini amaran yang dikeluarkan pada pukul 1.30 pagi tadi memaklumkan daerah dijangka terlibat adalah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Bintulu.

Selain itu, MetMalaysia turut memaklumkan, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Sabah pada hari ini membabitkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Sarawak melaporkan seramai 19 penduduk yang tinggal di dua buah rumah panjang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Kanowit ekoran banjir malam tadi.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI