fbpx

Hanya pro kerajaan, tiada sertai parti politik – Zulkafperi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkafperi (tujuh kiri) merasmikan program itu di Tanjong Karang, Kuala Selangor, malam tadi.

KUALA SELANGOR – “Saya kini hanya pro kerajaan dan belum mahu menyertai mana-mana parti politik.”

Demikian tegas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi mengenai pendiriannya yang masih kekal menyokong Perdana Menteri sejak lebih setahun lalu.

Menurut bekas Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang itu, beliau akan terus menyokong pentadbiran Kerajaan Perpaduan selepas tidak lagi bersama parti terdahulu.

“Saya masih lagi Ahli Parlimen bebas dan tidak menghala ke mana-mana parti politik termasuk komponen kerajaan.

“Keputusan untuk menyertai parti hanya akan dibuat ketika menghampiri Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) kelak,” katanya ketika ditemui pada program Jamuan Muhibah Sambutan Tahun Baharu Cina di Pusat Penjaja Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Jelas Zulkafperi, beliau ketika ini akan terus membina hubungan baik dengan semua parti komponen kerajaan sedia ada selain mempertahankan kerusi Tanjong Karang, namun masih mencari parti sesuai untuk mewakili.

Pada Jun tahun lalu, Zulkafperi antara tujuh wakil rakyat Bersatu digugurkan keahlian serta merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bagi menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI