fbpx

Eshaal bawa maksud ‘bunga syurga’, jangan marah lama-lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shukri menasihatkan orang ramai agar jangan membenci karakter diperankannya dalam drama fenomena, Curang Tanpa Niat.

PETALING JAYA – Berjaya merobek hati rakyat Malaysia menerusi lakonan hebat dalam drama Curang Tanpa Niat, pelakon Shukri Yahaya menasihatkan orang ramai agar jangan terlalu membenci karakter Eshaal lama-lama.

Shukri, 37, berkata, nama watak Eshaal yang dimainkannya dalam drama fenomena arahan Eyra Rahman membawa maksud yang sangat baik.

“Jangan marah Eshal lama-lama okey,” tulisnya seraya meninggalkan tangkap layar maksud nama karakter itu yang bermakna ‘bunga syurga’ dalam Instagram Story.

Shukri berjaya menghidupkan watak lelaki yang bermain kayu tiga sehingga mengakibatkan kematian karakter kesayangan, Abang Azriel pada episod ke-25.

Curang Tanpa Niat turut dibarisi pelakon hebat Mira Filzah yang menjayakan karakter Elina, Sharifah Sakinah (Astrid) dan Fadlan Hazim (Ashraff). – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI