MANCHESTER – Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez terpaksa melupakan baki saingan musim ini selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut kirinya.
Bintang dari Argentina itu dirakam menangis ketika diusung keluar sejurus mengalami kecederaan semasa tewas 0-2 kepada Crystal Palace, Ahad lalu.
Perkembangan itu pastinya memberikan khabar tidak baik buat United yang dihimpit masalah prestasi tidak konsisten terutama selepas Martinez dijangka berehat untuk tempoh lapan bulan ekoran kecederaan itu.
“Licha (Martinez) sangat penting buat kami, bukan sekadar sebagai pemain bola sepak, tetapi karakternya di bilik persalinan terutamanya ketika kami berada dalam situasi sukar seperti sekarang.
“Sekarang masa untuk kami membantunya untuk pulih dan kembali dengan lebih kuat,” kata pengurus The Red Devils, Ruben Amorim selepas aksi menentang Crystal Palace.
Perkembangan ini juga pastinya menyaksikan Martinez terpaksa melupakan tugasan bersama skuad kebangsaan Argentina dalam saingan kelayakan Piala Dunia, bulan depan, Jun dan September ini.
Ini bukanlah kali pertama Martinez yang pernah menghimpitnya kerana pernah berdepan ada masalah pada lutut kanan sekali gus akan beri tamparan besar buatnya kerana kecederaan kali ini babitkan lutut kiri. – AGENSI05