fbpx

EPL: Asensio yakin projek hebat Emery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASENSIO menandatangani kontrak pinjaman sehingga hujung musim tanpa pilihan untuk mendapatkan khidmatnya secara kekal. - FB ASTON VILLA

LONDON – Aston Villa meneruskan projek meningkatkan prestasi pasukan apabila terus mendapatkan khidmat pemain baharu selepas berjaya mendapatkan tandatangan Marcus Rashford kelmarin.

Pada saat-saat akhir jendela perpindahan awal pagi semalam, Villa berjaya membawa masuk pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Asensio dengan status pemain pinjaman sehingga penghujung musim ini.

Bagaimanapun, sumber memberitahu bahawa perjanjian tersebut tidak melibatkan persetujuan perpindahan secara kekal apabila nilai penghijrahan tersebut tidak dibincangkan dan tidak dimasukkan dalam kontrak pinjaman berkenaan.

Sepanjang 18 bulan di Parc des Princess, perjalanan karier Asensio tidak berjalan dengan begitu baik apabila hanya membuat 47 penampilan dan meledak tujuh gol selepas melengkapkan penghijrahan dari Real Madrid.

Asensio mengakui pengendali Villa, Unai Emery adalah faktor utama untuk dia membuat keputusan meninggalkan PSG dan percaya kemampuan pengurus itu mengembalikan sinar dalam kariernya.

“Saya teruja untuk memberikan aksi terbaik bersama kelab ini untuk memastikan Villa terus memburu kejuaraan dan menambahkan keseronokan buat para peminat.

“Unai adalah jurulatih yang saya sangat mengenalinya. Beliau memiliki perjalanan karier yang hebat, seorang jurulatih yang berada pada tahap tertinggi dan itu adalah faktor utama kerana saya fikir sangat sesuai untuk diri saya,” kata Asensio. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI