fbpx

Disahkan kanser tahap empat lepas dua kali pengsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZ HAZWAN menerima rawatan di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya selepas disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat.

PETALING JAYA – Seorang pemuda berusia 21 tahun kini bertarung nyawa melawan kanser pankreas tahap empat yang sudah merebak ke hati dan limpa.

Izz Hazwan Khalid Hassin@Hasan yang merupakan anak sulung pasangan Khalid Hassin@Hasan, 54, dan Norazwana Naimuddin, 46, memerlukan rawatan Terapi Radionuklid Reseptor Peptida (PRRT) yang menelan kos RM180,000.

Menurut Khalid, anaknya tidak menunjukkan simptom yang jelas, sebelum pengsan dalam bilik air pada Oktober 2023, namun doktor tidak dapat mengesan punca masalah kesihatan pemuda itu.

Keadaan lelaki itu bertambah buruk setahun kemudian apabila Izz Hazwan sekali lagi pengsan, namun kali di dalam bilik selepas solat Jumaat.

“Saya terdengar Izz mengerang kesakitan dan menghentak pintu bilik. Adiknya melihat keadaan Izz melalui tingkap dan ternam­pak anak saya dalam keadaan terlentang di lantai. Kami segera membawanya ke hospital,” katanya.

Selepas melakukan pelbagai ujian, doktor mengesahkan Izz Hazwan menghidap kanser pankreas tahap empat.

Cerita Khalid, mereka sekeluarga terkejut dengan berita tersebut memandangkan pemuda itu tidak menunjukkan sebarang tanda kecuali mengadu sakit perut, tetapi dia menyangka ia berpunca akibat gastrik.

“Keadaan Izz makin kritikal apabila sel kanser merebak ke hati dan limpa. Izz kini dirawat di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya dan turut mengalami komplikasi lain seperti jangkitan kuman di paru-paru dan pe­ngumpulan air dalam badan.

“Berat badan Izz naik mendadak daripada 63 kilogram (kg) kepada 93kg dalam tiga bulan. Ketika ini dia ditempatkan di Unit Penjagaan Separa Rapi selepas berada di Unit Rawatan Rapi selama tiga bulan termasuk seminggu ditidurkan,” katanya.

Jelasnya, rawatan seperti radioterapi dan kemoterapi tidak dapat dimulakan kerana paru-paru Izz Hazwan masih belum stabil akibat jangkitan kuman.

Setakat ini, keluarga Izz Hazwan mengumpul RM40,000, namun masih tidak mencukupi.

“Banyak skim penipuan muncul membuatkan saya serik nak jawab panggilan,” katanya.

Orang ramai yang ingin ­membantu boleh menghubungi Khalid di talian 011-2377 3670 atau menyumbang ke akaun ­Maybank bernombor 162777220081.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI