fbpx

Dakwaan salah laku Afdlin: Siasatan dalaman masih diteruskan – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Commumity’s Barbershop di Perumahan Awam Seri Perlis 2, hari ini.

KUALA LUMPUR – Beberapa individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berhubung perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, ketika ini pihaknya masih meneruskan siasatan dalaman berhubung perkara berkenaan.

Jelasnya, satu unit siasatan telah ditubuhkan diketuai Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

“(Ketika ini) kita masih dalam siasatan dalaman, kita telah wujudkan satu unit siasatan (diketuai) Datuk Bandar Kuala Lumpur. Kita akan panggil kesemua yang terlibat (termasuk Afdlin).

“Insya-Allah laporan penuh akan diberikan nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Community’s Barbershop di Perumahan Awam Seri Perlis 2 di sini, hari ini.

Terdahulu, Maimunah dilapor mengesahkan siasatan itu dan sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI