fbpx

Anwar PM pertama dalam sejarah hadir Parlimen setiap minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.-Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Perdana Menteri pertama dalam sejarah negara hadir ke Parlimen setiap minggu untuk menjawab soalan lisan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, Anwar juga yang memperkenalkan waktu pertanyaan lisan kepada Perdana Menteri.

“Jelas Kerajaan Madani menjulang prinsip demokrasi dan mengutamakan akauntabiliti,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Dalam hantaran berasingan, Kor Ming berkata, beliau bersyukur KPKT dipilih oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai kementerian berprestasi paling tinggi.

Menurut beliau, KPKT telah memenangi Anugerah Pembangunan Negara 2024.

Beliau turut memaklumkan, Perdana Menteri menghadiri sambutan Tahun Baru Cina Dewan Perniagaan dan industri Malaysia.

“Kerajaan Madani meraikan kepelbagaian dan menggembleng tenaga semua pihak untuk bangunkan ekonomi negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI