fbpx

Alliance Bank tawar bantuan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA keselamatan membantu orang awam menyeberangi jalan utama yang terputus di Jalan Dijih, Ulu Baoh, Sarawak baru-baru ini.

PETALING JAYA – Alliance Bank Malaysia Berhad mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggannya yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

Bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman, serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan serta perniagaan yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Kellee Kam berkata, pihaknya turut menyediakan bantuan kepada kakitangannya yang terjejas bagi membantu mereka mengharungi tempoh sukar ini.

“Kebajikan pelanggan yang terkesan adalah keutamaan kami kerana kami memahami tekanan emosi dan kewangan yang dihadapi oleh keluarga dan perniagaan akibat banjir. 

“Sebagai The Bank For Life, Alliance Bank sentiasa bersama pelanggan kami, terutamanya dalam masa yang mencabar ini. 

“Kami berharap Program Bantuan Banjir ini akan menggalakkan mereka tampil untuk berbincang bagaimana kami dapat membantu meringankan beban kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program Bantuan Banjir Alliance Bank dibuka untuk permohonan sehingga 3 Mac 2025. 

Ia menawarkan kelonggaran pembayaran bagi semua pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islamik, selain pengecualian caj dan bayaran bagi perkhidmatan tertentu seperti penggantian kad debit, kad ATM, buku cek, dan buku simpanan yang hilang atau rosak akibat banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI