fbpx

8 PATI antara ditahan di kandang ternakan dalam kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA PATI yang berjaya ditahan dalam serbuan di empat premis termasuk kandang ternakan dalam ladang kelapa sawit sekitar Felda Tenggaroh di sini kelmarin.

MERSING – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor melakukan serbuan di empat premis termasuk kandang ternakan dalam ladang kelapa sawit sekitar Felda Tenggaroh di sini kelmarin.

Pengarah JIM Negeri Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd Darus berkata, operasi penguatkuasaan itu dijalankan oleh Unit Penguatkuasa JIM Cawangan Mersing bermula pukul 2.35 hingga 5.50 petang.

Katanya operasi itu dilakukan berikutan maklumat dan aduan awam berhubung warga asing yang bekerja tanpa pas/permit serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Semua warga asing yang ditahan adalah lima lelaki Indonesia, dua lelaki India serta seorang lelaki Myanmar berusia antara lingkungan usia 27 hingga 50 tahun.

“Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan dan tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI