HANOI – Seorang pemandu dan tiga penumpang didenda sebanyak 13 juta dong (RM2,280) selepas memberhentikan kereta di tepi sebuah lebuh raya di Vietnam untuk makan tengah hari, lapor portal berita VNExpress semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 11.25 pagi (waktu tempatan) di Lebuhraya Noi Bai – Lao Cai, wilayah Yen Bai kelmarin.
Menurut polis trafik, keempat-empat individu itu sempat membentangkan tikar di tepi lebuh raya untuk menikmati makan tengah hari.
“Pemandu berusia 45 memberitahu bahawa kawasan tersebut selesa dan sesuai untuk mereka mengisi perut yang lapar.
“Mereka didenda 13 juta dong kerana berhenti secara haram di lebuh raya,” tambah polis. – AGENSI