fbpx

10 maut tembakan sekolah di Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA forensik melakukan siasatan di sebuah sekolah di Orebro. - Foto AFP

STOCKHOLM – Kira-kira 10 orang terbunuh termasuk seorang lelaki bersenjata semalam, dalam satu kejadian tembakan di sebuah pusat pendidikan di Sweden.

Susulan kejadian itu,  Perdana Menteri Ulf Kristersson menyifatkannya sebagai kejadian tembakan rambang paling teruk dalam sejarah negara berkenaan. 

Pada mulanya, pihak berkuasa berkata bahawa beberapa orang cedera dalam keganasan di Kampus Risbergska. Ia merupakan sebuah sekolah menengah untuk golongan belia di bandar Orebro.

Namun, ia tidak melaporkan sebarang kematian.

Serangan di sekolah agak jarang berlaku di Sweden tetapi negara itu telah mengalami kejadian tembakan dan pengeboman yang dikaitkan dengan keganasan kumpulan yang membunuh berpuluh-puluh orang pada setiap tahun.

“Kira-kira 10 orang terbunuh hari ini (semalam),” kata Ketua Polis Orebro, Roberto Eid Forest kepada pemberita.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai jumlah mangsa yang cedera.

Forest berkata, polis belum mengetahui motif kejadian tetapi percaya penyerang bertindak sendirian.

Polis tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai identiti atau mangsa-mangsa yang maut, sama ada mereka pelajar atau guru di sekolah itu.

Beberapa media melaporkan, penyerang menembak dirinya sendiri tetapi polis tidak mengesahkan laporan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI