fbpx

Wanita hilang di Petaling Jaya ditemukan mati di Pantai Remis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jia Yien.

PETALING JAYA – Wanita berusia 34 tahun yang dilaporkan hilang pada hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina, Rabu lalu ditemukan meninggal dunia di Pantai Remis, Kuala Selangor, hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M. Hussein Sollehuddin Zolkifly, keluarga mendiang sudah dimaklumkan tentang penemuan mayat tersebut.

“Mangsa ditemui di kawasan Pantai Remis, Jeram. Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

“Butiran lanjut (kenyataan) mengenai kematian mangsa akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Selangor,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Yong Jia Yein, 34, tidak dapat dihubungi selepas memandu kereta jenis Proton Iswara keluar dari kediamannya di Apartmen Pelangi Utama di sini pada 29 Januari lalu.

Polis menerima laporan kehilangan Jia Yein daripada keluarganya pada pukul 12:36 pagi, 30 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI