fbpx

[VIDEO] Honda HRV nyaris ‘terjun’ tingkat 2 parkir Hospital Serdang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Almaizah memaparkan sebuah kereta melanggar dinding parkir Hospital Serdang, sebentar tadi.

PETALING JAYA – Pengunjung Hospital Sultan Idris Shah Serdang berdepan detik cemas apabila sebuah kereta Honda HRV hampir ‘terjun’ dari tingkat dua selepas merempuh dinding parkir bangunan itu, sebentar tadi.

Menerusi perkongsian Almaizah Umie di Facebook, kejadian yang turut tular di media sosial itu berlaku kira-kira pukul 1.22 petang tadi.

“Assalamualaikum. Parkir Hospital Serdang. Kereta Honda HRV langgar dinding parkir, baru saja berlaku.

“Masa cari parkir tu la bunyi kuat, ingat kan apa. Dah tak dapat parkir turun balik. Masa turun tu baru nampak kejadian ni, dalam pukul 1.22 petang,” katanya.

Namun menurut perkongsian Almaizah, tiada sebarang kecederaan berlaku.

“Orangnya okey, tak apa-apa, cuma kereta yang teruk,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI