fbpx

Tambang percuma KTM Komuter Lembah Klang sempena Thaipusam selama 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke pada sidang akhbar sempena sambutan Thaipusam di Stesen KTM Batu Caves, hari ini. -Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

GOMBAK – Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan pemberian tambang percuma KTM Komuter Lembah Klang selama dua hari sempena sambutan Thaipusam pada 10 dan 11 Februari ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif ini bertujuan menjadikan sambutan Thaipusam lebih bermakna, terutamanya kepada penganut agama Hindu yang akan berkunjung ke Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan.

“Tambang percuma ini akan bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam dengan mekanisme imbasan keluar (check out) melalui pintu automatik (ACG),” katanya pada sidang akhbar sempena sambutan Thaipusam di Stesen KTM Batu Caves, hari ini.

Dalam pada itu, bagi memastikan kelancaran transaksi, Anthony Loke berkata, KTMB kini telah beralih sepenuhnya kepada sistem tanpa tunai.

“(Pembayaran) di mana penumpang boleh menggunakan aplikasi KTMB Mobile (KITS), Kad Komuter Link, Kad Touch ‘N Go, Kad debit atau kredit bank tempatan, Tiket QR fizikal yang boleh diperoleh secara percuma di kaunter tiket pada hari berkenaan,” ujarnya.

Jelasnya, dijangka seramai 500,000 pengguna akan memanfaatkan perkhidmatan ini dengan peningkatan 10 peratus berbanding tahun lepas.

“Dengan kemuncak perjalanan dijangka pada 11 Februari, sempena Hari Thaipusam dan pemberian tambang percuma,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI