fbpx

Syaiful Rizal dilantik sebagai CEO Yayasan Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YBR mengumumkan pelantikan Syaiful Rizal sebagai CEO, hari ini.

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini mengumumkan pelantikan Syaiful Rizal Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YBR.

Jabatan Komunikasi Korporat Yayasan Bank Rakyat dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan Syaiful Rizal yang sebelum ini menjawat jawatan Pengurus Besar YBR dicadangkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict.

“Cadangan berkenaan turut dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR. Perubahan pucuk pimpinan adalah sebahagian daripada strategi penyusunan semula dalaman organisasi itu.

“Pelantikan Syaiful Rizal sebagai CEO adalah untuk mempertingkatkan lagi prestasi, kecekapan dan integriti YBR,” kata kenyataan itu.

Sepanjang perkhidmatan beliau, YBR menerima pelbagai anugerah antaranya Anugerah ‘Top Community Centric Companies in Asia’ di ACES AWARD (2024) di Bangkok, Thailand; Anugerah ‘Foundation Of The Year’ bagi Kategori Perbankan (2022, 2023 dan 2024) dan Anugerah Kategori Khas ‘Champion CSR Award’ di Bumiputera Business Excellence Award (2023).

YBR juga disenaraikan sebagai salah satu daripada tujuh yayasan yang memperoleh markah penuh bagi setiap penilaian ketelusan dijalankan lebih dari 1,600 yayasan di seluruh negara oleh WIKI Impact (2023).

“Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat meletakkan kepercayaan kepada Syaiful Rizal dalam menerajui organisasi ini.

“Beliau mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan aktiviti pendidikan dan tangunggjawab sosial korporat,” ujar kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI