PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-268 yang berlangsung di Istana Negara, hari ini.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mesyuarat berkenaan diadakan sebagai persiapan sebelum MRR Ke-268 yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok.
Mesyuarat kali ini akan dipengerusikan oleh Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Turut berangkat ke majlis tersebut Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. – KOSMO! ONLINE