fbpx

Skuad hoki dalam dewan negara kalah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Aslam Mohamed Hanafiah (kanan) cuba mengawal pergerakan pemain Argentina pada aksi kedua Kumpulan B sebentar tadi. - FIH/WORLD SPORT PICS

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad hoki dalam dewan negara untuk menebus kekalahan kepada Jerman semalam pada saingan Piala Dunia 2025 tidak tertunai apabila tewas buat kali kedua.

Pada aksi kedua Kumpulan B yang berlangsung di Porec, Croatia sebentar tadi, Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan Argentina apabila kalah 2-5.

Pasukan negara yang dibelasah 4-12 oleh Jerman semalam memulakan perlawanan hari ini dengan baik apabila mendahului 1-0 pada minit ke-12 menerusi gol padang Shahmie Irfan Suhaimi.

Bagaimanapun, pasukan dari Amerika Selatan itu bangkit dengan tiga gol hasil dua jaringan Gaston Rodriguez dan Facundo Navarro bagi menjadikan kedudukan 1-3.

Memasuki suku masa keempat, Malaysia kembali merapatkan jurang 2-3 apabila Muhammad Najmi Farizal Jazlan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-39.

Ketika pasukan negara ghairah memburu gol penyamaan, sebaliknya pula yang berlaku apabila Argentina menambah dua lagi jaringan dalam tempoh seminit menerusi Alfredo Sosa dan Agustin Ceballos.

Menerusi kekalahan itu, skuad kendalian Rodzhanizam Mat Radzi terus terperosok di tangga tercorot Kumpulan B tanpa sebarang mata dan akan bertemu Iran esok.

Sebagai rekod, hanya lapan pasukan terbaik keseluruhan akan meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI