fbpx

Siti Nurhaliza nak jual kuih puasa ini, suami cadang baik pergi sedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti bercadang untuk berniaga kuih-muih Ramadan ini namun mendapat reaksi berbeza daripada suami, Datuk K.

PETALING JAYA – Teringat momen indah ketika zaman kanak-kanak, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan hasrat untuk berniaga kuih-muih pada Ramadan ini.

Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata, hajatnya itu sudah disuarakan kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa, namun respons diterima agak berbeza daripada jangkaan.

“Saya ada beritahu suami, nak berniaga, nak jual kuih depan rumah bulan Ramadan ini.

“Bolehlah cari duit poket. Pembantu rumah saya pun pandai buat kuih, seronok pula bila dapat isi masa lapang dengan berniaga.

“Tapi suami hanya berlalu pergi dengan seribu pertanyaan,” katanya dalam TikTok.

Seperti tidak memberi lampu hijau, pelantun lagu Purnama Merindu itu berkata, suaminya mencadangkan supaya kuih-muih yang dibuat diberikan secara percuma sebagai sedekah kepada orang ramai.

“Suami kata lebih baik sedekah, bagi sahaja dekat orang kuih yang saya buat itu.

“Saya jawab, sedekah lain, berniaga lain. Saya hanya nak rasa keseronokan berniaga, bukan sebab duit semata-mata,” jelasnya.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberi sokongan terhadap idea tersebut selain memuji sikap rendah diri Siti yang masih mengingati akar umbinya.

“Tokti memang ikon terbaik. Tak kisah popular macam mana, tetap ingat asal usul,” komen seorang peminat.

“Kalau Tokti betul-betul berniaga, memang ramai datang beli kuih depan rumah,” kata netizen lain.

Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah berkongsi tentang cabaran membantu ibunya berniaga kuih di kampung ketika kecil yang mengajarnya erti berdikari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI