fbpx

‘Perbuatan tertuduh kejam, nak dendam pun tak guna’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaini (kanan) mengiringi jenazah anaknya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Salam, Tambak Bunga

ALOR SETAR – “Marah, simpan dendam pun tak guna. Saya akan maafkan mereka (pembunuh) apabila kes mahkamah ini selesai, tak ada bersangkut apa lagi. Saya maafkan juga bagi pihak anak saya”

Demikian ungkap Mohd. Zaini Hashim, 63, bapa kepada Allahyarham Muhammad Muslim, 23, yang dibunuh dengan kejam bersama bapa angkatnya, Ibrahim Mydin, 61, dalam kejadian di sebuah rumah dekat Tongkang Yard di sini pada 21 Januari lepas.

Kata Mohd. Zaini, walaupun perbuatan tertuduh itu kejam apatah lagi merupakan rakan arwah anaknya itu, mereka sekeluarga sudah reda dengan takdir tersebut.

“Nak marah dan dendam pun tak guna. Insya-Allah bagi selesai dahulu kes mahkamah ini dan kemudian saya akan maafkan mereka. Apa pun saya harap mereka yang terlibat akan mendapat balasan setimpal,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Mohd. Zaini hadir ke HSB untuk menuntut jenazah anak lelakinya itu sebelum disemadikan di Masjid As-Salam, Tambak Bunga di Kuala Kedah hari ini.

Kata Mohd. Zaini, mereka sekeluarga turut melahirkan rasa syukur kerana akhirnya dapat membawa pulang Allahyarham Muhammad Muslim untuk disemadikan.

“Kami sekeluarga reda kerana nak bersedih lama-lama pun tak elok dan harap arwah pun tenang di sana nanti,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang warga emas dan anak angkatnya ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah dekat Tongkang Yard, di sini dalam kejadian pada 21 Januari lepas.

Kebakaran rumah yang meragut dua nyawa itu kemudian diklasifikasikan sebagai kes bunuh akibat dendam susulan penahanan lima lelaki termasuk anak saudara kepada mangsa warga emas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI