fbpx

Jaga ditahan cabul pesakit lelaki dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK (kiri) diiringi polis ketika hadir di Mahkamah Alor Gajah, Melaka bagi mendapatkan perintah reman. -Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

ALOR GAJAH – Seorang pengawal keselamatan direman empat hari bermula hari ini selepas mencabul pesakit lelaki dalam tandas sebuah klinik minggu lalu.

Perintah reman sehingga 7 Februari ini dikeluarkan Majistret Dr. Teoh Shu Yee ke atas lelaki berusia 19 tahun.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Gajah kira-kira pukul 9.10 pagi.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang pengawal keselamatan ditahan selepas disyaki meraba pelajar kolej swasta.

Kejadian pada pukul 2.40 petang, 28 Januari lalu itu berlaku selepas mangsa selesai mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

Mangsa bertanyakan kepada suspek lokasi tandas awam sebelum menyuruh mangsa mengikutnya. Semasa di dalam tandas, mangsa ternampak suspek seperti mengintainya.

Suspek kemudian mengetuk pintu dan menyuruhnya membuka lampu. Mangsa membuka pintu dan ketika hendak menekan suis di luar, suspek secara tiba-tiba berada di hadapan pintu dan cuba masuk ke dalam tandas sebelum merabanya..- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI