fbpx

Pemandu van, kekasih didenda RM17,000 dera budak 7 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THAYALAN dan teman wanitanya, Mageswari didenda RM17,000 atas dakwaan mendera kanak-kanak berusia tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. -Foto RAJA JAAFAR

JOHOR BAHRU – Pemandu van kilang dan teman wanitanya didenda RM17,000 selain diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 440 jam oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Keputusan itu dibuat terhadap tertuduh, R. Thayalan, 39, dan K. Mageswari, 41, selepas mereka mengaku salah mengurung dan meninggalkan kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam bilik air tanpa makanan dan minuman mencukupi sehingga kurus kering, dua tahun lalu.

Pasangan itu mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan di hadapan Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok.

Mengikut pertuduhan pindaan, Thayalan yang juga bapa mangsa dan kekasihnya didakwa meninggalkan mangsa tanpa pengawasan di Taman Pulai Jaya pada Julai hingga 12 Oktober 2023.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 33(1)(a) Αkta Κanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Hakim menjatuhkan hukuman denda RM8,000 kepada pemandu van kilang itu, manakala wanita tidak bekerja itu didenda RM9,000. Sekiranya gagal membayar denda, kedua-dua tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

Mereka juga diperintahkan melaksanakan kerja khidmat masyarakat masing-masing selama 200 jam dan 240 jam. Hukuman itu hendaklah dilaksanakan dalam masa enam bulan selepas perintah dikeluarkan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI