fbpx

Pasangan kekasih lepas, bebas tuduhan miliki dan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHAI YING dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah, lima tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan pasangan kekasih atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah lima tahun lalu.

Hakim Noor Hayati Che Mat membuat keputusan itu terhadap Teng Wei Xiong, 27, dan Chai Ying, 22, selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

“Keputusan dibuat selepas menilai semula keseluruhan keterangan kes dan membaca hujahan bertulis yang difailkan. Kedua-dua tertuduh menafikan mempunyai pengetahuan, kawalan dan jagaan terhadap dadah yang dijumpai.

“Terdapat percanggahan keterangan yang menjejaskan nilai keterangan saksi SP3 (saksi pendakwaan) dan SD5 (saksi pembelaan), percanggahan ini harus memihak kepada pembelaan,” katanya.

Beliau berkata, dengan wujudnya keraguan dan percanggahan itu ia menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Setelah membuat penilaian secara maksimum, didapati pembelaan berjaya mengakas anggapan bawah s37da (Akta Dadah Berbahaya 1952).

“Maka dengan itu, kedua-dua tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada semua pertuduhan ke atas mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI