fbpx

Op Selamat: 737 kemalangan, lapan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Sebanyak 737 kes kemalangan dengan lapan kematian direkodkan sepanjang lima hari Op Selamat 23/2025 sempena Tahun Baharu Cina dilancarkan bermula 28 Januari sehingga hari terakhir operasi itu Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, selain tujuh kes maut, turut dicatatkan tiga kes kemalangan parah, 20 kes kemalangan ringan dan 707 kes melibatkan kerosakan.

Katanya, kereta merupakan kenderaan yang merekodkan kemalangan tertinggi iaitu 922 buah manakala motosikal pula merupakan penyumbang kepada angka kemalangan maut iaitu sebanyak enam buah.

“Bagaimanapun, pada Op Selamat 23 kali ini memperlihatkan penurunan sebanyak 15 peratus iaitu 127 kes kemalangan direkodkan pada tahun ini berbanding Op Selamat 21 dengan 891 kes,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pada tempoh sama, sebanyak 7,746 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

Katanya, enam kesalahan utama yang menjadi penyumbang kemalangan jalan raya menjadi fokus pada Op Selamat kali ini iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi ketika memandu.

“Objektif utama pelaksanaan Op Selamat ini adalah untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya selain meningkatkan keselamatan harta benda dan rumah kediaman.

“Terima kasih kepada orang ramai kerana memberi kerjasama dalam mematuhi undang-undang dan arahan pihak polis yang bertugas sepanjang operasi itu dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI