fbpx

‘Nda pa ba…pakai saja, ambil aura’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Dulu setiap kali raya, ofis buat jamuan. Mesti ada seorang kakak bawa emas-emasnya bagi kami adik-adik ni pakai. Dia bukan nak menunjuk tau, saja bawa bagi kami pakai.”

Itu perkongsian seorang wanita tentang rakan sepejabatnya yang tidak lokek ‘berkongsi’ emas-emas yang dimiliki bersama teman-teman yang lain.

Menurut individu itu yang dikenali sebagai @diah.bueno di aplikasi Threads, wanita berkenaan juga tidak berkira memberinya memakai seketika rantai yang diminati.

“Ada satu rantainya tu aku suka betul tengok, jadi aku pakai. Terus dia bilang, ‘Ndak pa ba (tidak mengapa), pakai saja ambil aura. Mana tahu suatu hari nanti dapat beli’,” kongsinya.

Hantaran @diah.bueno itu meraih perhatian orang ramai yang menyifatkan rakan pejabatnya itu adalah seorang beraura positif.

“Kena belajar sesuatu daripada kisah ni. Kakak tu tak takut pasal rezeki, langsung tak takut barang kemas dia hilang, rosak, putus, kemek, kena curi. Untuk orang yang tak mampu, dapat merasa pakai pun dah satu rezeki. Rezeki tuhan bagi. Tak kira apa agama pun percaya yang sama. Saya hormat kakak itu,” kata seorang pengguna.

“Ada dengar emas ni magnet rezeki, emas dapat datangkan aura. Saya rasa kakak tu buat macam tu sebab nak semua orang rasa aura yang dia rasa. Bagus betul dia, kongsi benda positif,” komen @rizkyozlinda.

“Kalau orang tu positif mesti dia gembira walau dapat tumpang pakai saja. Kalau negatif mesti dia cakap orang tu nak menunjuk barang kemas dia. Kadang-kadang niat kita lain tapi orang anggap lain,” ujar @diela_abs. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI