fbpx

Mayat lelaki dijumpai terapung dalam parit belakang masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat seorang lelaki yang dijumpai di dalam parit di belakang Masjid Kubang Rambutan, Rantau Panjang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

RANTAU PANJANG – Mayat seorang lelaki dipercayai terlibat kemalangan dijumpai terapung di dalam kawasan parit di belakang Masjid Kubang Rambutan di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 54 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 10.03 pagi oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, hasil siasatan awal, mangsa yang masih berpakaian lengkap dan dipercayai menetap di Kampung Gual Sitok di sini dijumpai terapung di permukaan parit.

Menurutnya, pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian mendapati, ada kesan kemalangan motosikal terbabas masuk ke dalam parit.

“Bagaimanapun, motosikal tersebut tidak dijumpai dan tidak dilaporkan hilang.

“Mayat itu disyaki hanyut sebelum tersangkut pada pembetung parit bersama sampah sarap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kama Azural memberitahu, pemeriksaan awal ke atas mangsa tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI