fbpx

Kenapa kemalangan pelik mesti tanya, ‘driver’ lelaki ke perempuan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar 'perdebatan' berhubung kemalangan tertentu yang sering dikaitkan dengan kaum wanita di ruangan komen media sosial Kosmo!, hari ini.

PETALING JAYA – “Driver (pemandu) lelaki ke perempuan?”

Itu soalan ringkas seorang lelaki merujuk pada kemalangan yang berlaku di parkir Hospital Sultan Idris Shah Serdang, hari ini sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir orang ramai terutamanya kaum wanita.

Menggunakan nama @mrkucai di media sosial, lelaki berkenaan terpaksa mempertahankan diri daripada ‘serangan balas’ para wanita berkenaan.

“Adoi, soalan kau! Boleh pula tanya lelaki ke perempuan, eh! Asal ada kejadian macam ini mesti perempuan yang bawa la? Aku pun nak tanya juga soalan dekat kau, habis itu yang kemalangan merata-rata sampai ada yang meninggal itu laki ke perempuan yang bawa?” soal @dealoova_love.

“Kuno soalan ini! Masih perlu ke tahu jantina? Benda nak jadi tak pilih jantina pun,” selar @ms.aiesy.

Namun lelaki berkenaan tidak berdiam diri malah terus mempertikaikan tindakan wanita-wanita berkenaan yang digelar ‘mak cik’ sekali gus meminta mereka supaya bertenang.

“Marah? Tanya ja pun, tenang mak cik. Aku tanya soalan mudah, lelaki atau perempuan ‘driver’ dia. Tiba-tiba ramai mak cik-mak cik terasa pula, dah kenapa?

“Kalau pegawai penyiasat atau wartawan tanya dia orang ni, silap haribulan kena hambat dengan penyapu,” balasnya.

Bagaimanapun, kenyataan ‘berani mati’ @mrkucai itu mendapat sokongan para lelaki yang turut tampil mempertahankan kaum sejenis mereka itu.

“Sabar bang, dia orang tak boleh kawal emosi. Jenis sentiasa betul tak nak mengalah,” kata @k.qqif.

“Ramai ya yang marah tanya soalan ni,” usik @asyrafasmaie.

Kosmo! hari ini melaporkan, pengunjung Hospital Sultan Idris Shah Serdang berdepan detik cemas apabila sebuah kereta Honda HRV hampir ‘terjun’ dari tingkat dua selepas merempuh dinding parkir bangunan itu.

Menerusi perkongsian Almaizah Umie di Facebook, kejadian yang turut tular di media sosial itu berlaku kira-kira pukul 1.22 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI