PETALING JAYA – Siapa sangka koleksi baju raya yang diinspirasikan daripada superhero Jepun, Ultraman mendapat sambutan hangat orang ramai untuk digayakan sempena Aidilfitri tahun ini.
Apa yang mengejutkan, ‘jualan’ NabiuRahman di media sosial itu dilihat ‘laku keras’ namun ia bukan datang daripada kalangan kanak-kanak tetapi golongan dewasa, termasuk kaum wanita.
“Baju Raya 2025! Ada yang berani cuba ke?,” tulisnya ringkas.
Namun sebenarnya, ‘jualan’ NabiuRahman itu hanyalah sekadar hiburan yang mana koleksi pakaian raya bagi lelaki dan wanita berkenaan adalah janaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) semata-mata.
Walaupun begitu, ia tetap meraih keterujaan orang ramai, malah ada yang secara berseloroh bertanyakan ‘beg kuning’ untuk membuat belian.
“Ish, peliklah sekarang. Yang coklat tu ada stok lagi tak bang?,” soal @ᴄ ᴀ ᴀ.
“Seriuslah, kalau ada nak beli,” tanya seorang lagi netizen.
“Yang ‘kuban-kuban’ (bukan-bukan) sajalah. Mana beg kuning, bang?,” komen netizen yang lain.
“Agak-agak la nak pakai baju macam ni. Makin lama makin pelik rekaan baju raya. Dekat mana nak tempah ni? Tak ada beg kuning pun?,” soal @aXuan_Zn pula. – KOSMO! ONLINE