fbpx

Isu ‘ham’: Siasatan ambil masa, perlu tunggu laporan forensik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harith Iskander.

PETALING JAYA – Siasatan berhubung kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan isu ‘ham’ memerlukan laporan forensik daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan tersebut “mengambil masa” berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kerjasama daripada pihak lain.

“Kita memerlukan laporan forensik daripada SKMM sebab itu ia (siasatan) ambil sedikit masa.

“Kita akan lengkapkan siasatan dan akan rujuk pada Pejabat Peguam Negara (AGC), Khamis ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas ketika ditanya mengenai dakwaan pengguna media sosial yang mempersoalkan siasatan terhadap Harith Iskander dan Cecelia Yap Song dianggap mengambil masa lama berbanding kes ugutan jenayah terhadap pelawak terbabit.

Terdahulu, pada Selasa lalu, Harith Iskander, 54, memuat naik hantaran serta sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan ‘ham’ sap kopi berharga RM5.50.

“Saya begitu keliru. Iman saya tergugat. Kopi ini akan membawa saya ke jalan yang salah dalam pelbagai cara.

“Bukan sahaja menggoda saya untuk menjadi hamsap, tetapi juga membuat saya keliru dengan perkataan ‘ham’ di dalamnya. Ini untuk diminum atau dimakan?

“Saya mesti buat laporan polis kerana saya terlalu lemah sehingga hilang semua kemampuan untuk berfikir secara logik. Siapa lagi yang keliru?”, tulisnya dalam hantaran berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI