fbpx

Hilang anak lagi ‘sakit’ dari hilang pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Babak drama Curang Tanpa Niat lakonan Mira Filzah malam tadi.

PETALING JAYA – Impak kematian Abang Azriel, lakonan Qaiszerr Eshan dalam episod ke-25 Curang Tanpa Niat semalam, benar-benar meruntun jiwa penonton, terutama kaum ibu.

Pemergian Abang Azriel menjadi tamparan hebat buat Elina, yang kehilangan anak sulungnya yang selama ini menjadi semangat buat Elina.

Media sosial kini dibanjiri dengan luahan kesedihan daripada peminat setia drama itu, terutama golongan ibu yang dapat merasakan keperitan kehilangan seorang anak.

“Betul, saya gugur, dia punya rasa bersalah Tuhan saja tahu. Kalau dah besar, tak tahu lah macam mana,” ujar Cik Purna.

“Betul sebab saya juga merasakan kehilangan anak sulung di usia dia 25 tahun,” luah Miss sueffiya@70.

“Allahuakbar, betul demi Allah saya dah hilang 3 anak. Separuh nyawa rasa nak mati. Tapi 4 masih perlukan saya,” kata Teratak Anak Syurga.

“Saya gugur pun makan bertahun tak hilang sedihnya. Ini kan kalau anak dah besar. Ya Allah. Janganlah buat drama pasal anak ni. Emosi mak-mak nak tengok,” tambah Shima.

Drama popular arahan Eyra Rahman yang turut dibintangi oleh Mira Filzah, Shukri Yahya, Fadlan Hazim, Fauzi Nawawi serta Evertts Gomes berjaya membawa penonton ke sebuah kecurangan, konflik rumah tangga dan kesetiaan dalam perkahwinan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI