fbpx

‘Ekonomi bukan wayang, kena bezakan auta dan fakta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. -Foto Jabatan Penerangan

PETALING JAYA – Perdana Menteri sekali lagi membidas soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berkaitan isu kenaikan tarif elektrik dan ekonomi ‘flip flop’ yang sedang berlaku sekarang.

Ketika membidas kenyataan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apa yang kemukan Wan Ahmad Fahysal itu bukan berlandaskan data dan fakta.

“Mengikut data dan fakta, ekonomi ini bukan wayang, ekonomi ini berdasarkan fakta. Faktanya pelaburan kita ini jauh meningkat berbanding masa PM (Perdana Menteri)

“Faktanya, kadar pertumbuhan kita menyakinkan, faktanya nilai ringgit masih mengukuh walaupun geopolitik tidak menentu dan tarif yang dikenakan kepada negara lain.

“Itu faktanya, autanya lain, itu kena bedakan,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa kenaikan kadar tarif yang akan berlakuhanyalah kepada pihak industri.

“Keduanya, saya nak sebut soal tenaga. Semalam dengar tak ucapan itu? Masalahnya ini dengar dengan sentimen kebencian.

“Saya sebut semalam kenaikan tarif itu kepada industri, faham tak. Bukan kepada negara, bukan kepada rakyat dan itu pun bukan 14 peratus seperti yang diumumkan.

“Respon saya itu kepada industri, kepada golongan kaya, mahakaya yang kita nak pertahankan buat apa? Kalau tak kenakan cukai kepada orang kaya, macam mana nak tambah peruntukan untuk sekolah, hospital dari mana wangnya,”soalnya.

Anwar berkata, semua pihak perlu menerima kenaikan tarif itu dengan munasbah kerana ia hanyalah melibatkan industri dan golongan kaya, bukan melibatkan 85 peratus rakyat.

“Dengar betul-betul, ini dengar dengan sentimen marah. Ini masalahnya, ini penyakit marah bukan fakta ekonomi.Jadi, saya nak jelaskan di sini, ini adalah kenyataannya,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI