fbpx

Dua rakan dituduh miliki 29,900 liter diesel tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Suhaimi (kanan) dan Vincent (kiri) diiringi pegawai KPDN untuk urusan membayar wang jaminan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pengusaha pusat cuci kereta dan pengait buah kelapa sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan memiliki diesel tanpa lesen tahun lalu.

Tertuduh, R. Vincent, 41, dan Mohd. Suhaimy Abd. Talib, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Dua sekawan itu didakwa secara bersama memiliki 27,000 liter diesel dalam lori tangki, 2,100 liter diesel dalam dua tangki IBC dan satu tong dram dalam lori lain dan 800 liter diesel lagi ditemui dalam tangki IBC dalam sebuah lori berasingan.

Kesalahan dilakukan di Bedong, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi, 16 April 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI