fbpx

Apa salah saya sampai diugut pukul, nak simbah asid?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rezza Shah mendedahkan dia menerima ugutan disimbah asid oleh individu tidak dikenali dalam media sosial.

SHAH ALAM – Penyanyi yang juga bekas peserta rancangan One In A Million (OIAM), Rezza Shah mendedahkan dia menerima ugutan disimbah asid oleh individu tidak dikenali dalam media sosial.

Menurut Rezza atau nama sebenarnya, Muhammad Shahrezza Abu Samah, 23, ugutan itu dibuat selepas dia tersingkir daripada OIAM pada minggu keempat.

“Saya terima mesej dalam Instagram yang mengugut untuk menyimbah asid dan memukul saya jika dijumpai di luar.

“Individu yang membuat ugutan tersebut menggunakan akaun palsu. Jadi saya sendiri pun tidak tahu siapa sebenarnya mereka. Yang pasti mereka adalah ‘haters’,” katanya kepada Kosmo! Online.

Disebabkan ugutan melampau tersebut, Rezza akui dia kini takut untuk keluar rumah dan hanya keluar jika perlu bekerja sahaja.

“Sejak dua tiga minggu ini memang saya takut nak keluar rumah kerana bimbang akan diapa-apakan. Saya cuma keluar jika ada urusan kerja sahaja.

“Itu pun kena pastikan ada orang yang teman sama ada pembantu peribadi ataupun rakan-rakan saya yang bertugas sebagai pengawal peribadi sambilan.

“Saya tertanya-tanya apa salah saya sampai diugut begini. Saya cuma bertanding sahaja. Bila duduk di rumah saya asyik fikirkan tentang ugutan tersebut sehingga ‘overthinking’. Saya tak boleh tidur. Dah la saya ada masalah insomnia,” kongsinya.

Ditanya adakah dia sudah membuat laporan polis, kata bekas peserta Bintang RTM 2024 itu, dia belum berbuat demikian.

“Ugutan tersebut bukan daripada seorang individu sahaja. Tetapi lebih daripada tiga orang. Buat masa ini saya agak sibuk.

“Tetapi pengurus dan orang-orang sekeliling saya ada nasihat supaya saya melaporkan perkara ini kepada pihak polis. Insya-Allah selepas ini saya akan cuba berhubung dengan pihak polis sebagai langkah berjaga-jaga,” ujarnya.

Terdahulu, nama Rezza sering menjadi sorotan netizen kerana persembahannya di pentas OIAM dikatakan agak lemah sehingga dikritik hebat oleh juri tetap iaitu Ziana Zain dan Datuk Yusry Abdul Halim yang menyesal memberikan dia imuniti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI