fbpx

Ahli bina badan tekan tubi dalam enjin pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GINOSKI membuat tekan tubi di ruang enjin sebuah pesawat. - Foto Tiktok/whoisprez

SYDNEY – Seorang pesohor kecergasan popular mempertahankan tindakannya masuk ke dalam enjin pesawat ketika bilah kipas berputar dan melakukan tekan tubi untuk satu rakaman video, lapor akhbar The Sun semalam.

Preslie Ginoski, 23, merakam dirinya masuk ke dalam enjin sebuah pesawat di Lapangan Terbang Sydney pada tahun lalu, namun klip video menonjolkan aksinya hanya tular di media sosial baru-baru ini.

“Saya hanya mahu orang ramai ketawa melihat rakaman ini,” kata Ginoski yang juga seorang deejay.

Menurutnya, dia melakukan aksi itu berhampiran pesawat lain yang sedang bergerak.

Ginoski berkata, angin menggerakkan bilah kipas dan menjadi perkara biasa untuk kakitangan seperti kru penerbangan duduk di ruang enjin pesawat kerana ia benar-benar selamat.

Dia merakam klip video aksinya pada Jun 2024 semasa bekerja di lapangan terbang itu. Ginoski bagaimanapun hanya berkongsi video tersebut di media sosial selepas berhenti kerja.

Selepas video itu tular, sebilangan netizen bukan sahaja tidak kagum, malah mereka mempersoalkan langkah keselamatan di lapangan terbang tersebut sebelum mengetahui bahawa ketika rakaman dibuat, Ginoski masih bekerja di sana. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI