fbpx

Agong terima menghadap Panglima ATM ke-23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim menerima menghadap Mohd. Nizam (kanan) dan Mohammad di Istana Negara hari ini. - Foto FACEBOOK Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-23, Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap bekas Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Mohd Nizam yang sebelum ini Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Markas ATM dilantik sebagai Panglima ATM ke-23 pada 31 Januari lalu menggantikan Mohammad yang bersara wajib selepas berkhidmat hampir empat dekad bersama ATM.

Dalam hantaran sama, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Mohammad atas jasa serta sumbangan beliau dalam ATM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI