fbpx

ACC: TFC harap lolos ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengendali TFC, Badrul Afzan Razali bersama jurulatih BG Pathum, Anthony Hudson pada sidang media praperlawanan sebentar tadi. - Foto ihsan BG Pathum

TERENGGANU FC (TFC) bersemangat merealisasikan misi lolos ke separuh akhir Piala Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) dengan menjinakkan BG Pathum United di gelanggang lawan pada aksi terakhir Kumpulan A malam esok. 

Pengendali TFC, Badrul Afzan Razali berkeyakinan misi tersebut bukan mustahil walaupun mengetahui ia bukanlah tugas mudah. 

“Kita memiliki peluang untuk mara ke separuh akhir dan tidak boleh melepaskannya begitu sahaja. 

“Impian tersebut hanya boleh tercapai dengan memperolehi keputusan positif dalam aksi terakhir malam esok biarpun di laman lawan,” katanya ketika dihubungi Kosmo.

TFC kini berada di tangga kedua Kumpulan A dengan berkongsi tujuh mata dengan PSM Makassar FC di tempat ketiga. 

BG Pathum yang berada di tangga keenam Liga Premier Thai pula merupakan peneraju kumpulan dengan lapan mata.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI