fbpx

Wanita jumpa separuh badan ular atas bumbung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Separuh badan ular harimau yang ditemukan di atas bumbung kereta di New South Wales, Australia. - Yahoo!

CANBERRA – Seorang wanita di Australia berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular harimau yang terputus dua di atas bumbung keretanya, lapor portal berita Yahoo semalam. 

Penemuan berlaku di hadapan Pusat Penjagaan Kanak-kanak Glenorie, negeri New South Wales, baru-baru ini. 

Wanita dikenali sebagai Kelly berkata, reptilia itu ditemukan ketika dia menuju ke kereta bersama anak-anaknya. 

“Saya menyangka ‘objek’ tersebut adalah sebatang kayu tetapi sebenarnya ular berwarna hitam dengan perut merah.

“Pihak taska segera menghubungi penangkap ular dan kami menunggu ketibaannya dari  jarak jauh,” kata Kelly. 

Penangkap Ular Sydney, Rob Ambrose mendapati haiwan pemangsa itu tidak bergerak kerana badannya terbelah dua. 

“Daripada semua tangkapan ular yang pernah saya lalui, ini adalah paling pelik kerana ia dipotong separuh. 

“Reptilia itu diserang oleh anjing peliharaan Kelly. Separuh badannya dilemparkan ke atas bumbung, manakala separuh lagi ditemukan di halaman rumah,” tambah Rob. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI