fbpx

[VIDEO] Wanita pakai minyak wangi di khalayak ramai seperti berzina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus menjelaskan larangan kepada golongan wanita berkaitan pemakaian minyak wangi.

PETALING JAYA – Golongan wanita dilarang untuk memakai minyak wangi yang sengaja untuk dihidu oleh khalayak ramai kecuali hanya untuk suaminya di rumah.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, golongan wanita hanya diizinkan untuk memakai haruman yang hanya boleh dihidunya sendiri sahaja tanpa boleh dihidu oleh orang lain.

“Nabi pernah berkata, jika wanita itu memakai bauan sehingga dapat dihidu orang lain atau khalayak ramai, dia diibaratkan seperti berzina atau sebagai perempuan jahat.

“Orang perempuan boleh pakai minyak wangi berlebihan, tetapi hanya untuk suaminya di rumah sahaja,” jelas beliau dalam satu sesi soal jawab agama baru-baru ini.

Tambah Azhar, golongan lelaki dibenarkan untuk memakai minyak wangi secara berlebihan, namun golongan wanita memang telah dilarang sejak dulu lagi.

“Tengok orang perempuan sekarang, kalau di rumah mana ada nak lawa-lawa, bau-bau wangi. Banyak bau busuk dari ketiak mereka.

“Tapi kalau keluar pergi pejabat atau kenduri, mereka lah yang paling kuat, hukumnya adalah haram. Kena ingat wahai golongan wanita,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI