PETALING JAYA – Sekali lagi para peminat peninju popular Muay Thai negara, Johan Ghazali menjadi ‘gelisah’ selepas beliau berkongsi sebuah video mesra bersama gadis yang sama.
Johan yang mesra disapa Jojo dilihat tanpa berselindung membiarkan dirinya ‘dirawat’ gadis berkenaan yang bertindak memotong benang pada kecederaan yang dialami pemuda itu ketika beraksi di pertarungan ONE 170 di Impact Arena, Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
“Date night (malam janji temu),” tulisnya ringkas pada kapsyen video berkenaan di media sosial miliknya yang turut ‘menyebut’ nama gadis berkenaan dikenali sebagai Queenna Khan.
Ada dalam kalangan netizen mendoakan agar mereka berdua segera ke jinjang pelamin, malah ada juga ingin ‘menjadi’ Queenna yang didakwa bertugas sebagai seorang doktor.
“Harap cepat kahwin,” ucap @⋆ninni𐙚:h.
“Manisnya, mentang-mentang teman wanita kau doktor,” ujar seorang pengguna.
“Ambil la terus bumi ni,” komen @Aerinaa.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, para peminat peninju popular Muay Thai negara, Johan Ghazali menjadi tidak keruan sejurus tersebar gambarnya bersama seorang gadis berbaju merah dikenali sebagai Queenna Khan, di ibu negara baru-baru ini.
Rata-rata peminatnya membuat andaian bahawa gadis itu merupakan teman istimewa Jojo. – KOSMO! ONLINE
@johanghazali Date night 😂 @Queenna Khan #johanghazali #fyp ♬ hell n back – 🤍