PETALING JAYA – Aksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali bersantai menarik perhatian ramai.
Menerusi satu klip video yang tular ketika ini, aksi pasangan negarawan itu cukup memberi insprasi kepada orang ramai untuk menjaga kesihatan walaupun sudah meningkat usia.
Dr. Mahathir yang kini telah mencecah usia 100 tahun masih lagi mengamalkan gaya hidup sihat sambil ditemani pengawal peribadi.
Bukan hanya selalu berbasikal keliling Putrajaya, malah Dr. Mahathir juga masih mampu untuk memandu kereta sendiri.
Klip video yang menyaksikan pasangan tersebut ‘bermain bola’ bersama terus mendapat pujian orang ramai bahkan, ramai yang mendoakan agar pasangan tersebut terus diberi kesihatan yang baik.
“Aku puji dengan Tun M dan Tun Siti. Walaupun dah berusia mereka masih sihat. Semoga diberi kesihatan yang baik buat Tun berdua,” kata Suhaila Sulaiman.
“Terus sihat Tun berdua, walaupun sudah bersara, tetapi Tun terus bekerja. Pernah dengar dulu dia cakap dia tidak boleh duduk sahaja, dia akan rasa tidak sihat.
“Berbanggalah kita mempunyai pemimpin sehebat mereka berdua ini, saya doakan Tun diberi kesihatan yang baik,” kata Noor Zeehan. – KOSMO! ONLINE
@pilot.darat8722 Comel je boss layan😂..#tunmahathir #tun #tunM ♬ Dont Watch Me Cry – 𝙇𝙖𝙬𝙖𝙨 𝙣 𝘼𝙣𝙮𝙖𝙧