fbpx

Tiada aktiviti pelacuran hotel di Alam Jaya – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular dakwaan kononnya berlaku aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam.

KUALA SELANGOR – Polis mendapati tiada aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam di sini, seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, ini selepas pemeriksaan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini kira-kira pukul 1.20 pagi tadi selepas terkesan dengan hantaran dimuat naik satu pemilik akaun di aplikasi TikTok, semalam.

Katanya, hantaran itu mendakwa hotel berkenaan ada perkhidmatan haram perempuan dan polis diminta mengambil perhatian.

“Hasil pemeriksaan mendapati tidak wujud sebarang aktiviti pelacuran seperti yang ditularkan.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sah sehingga menggugat ketenteraman awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Azaharudin, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah boleh menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu IPD Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI