fbpx

‘Terima notifikasi Fattah? Biar detektif netizen buat kerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amira mengakui menjalin hubungan persahabatan dengan Fattah Amin.

PETALING JAYA – Didakwa menerima notifikasi dari aplikasi TikTok yang dipercayai milik Fattah Amin, penyanyi Amira Othman enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya mampu membiarkan netizen menyiasat.

Meskipun tidak pasti sama ada notifikasi daripada lelaki terbabit, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, mengakui menjalin hubungan persahabatan dengan aktor itu.

“Kami berkawan, notifikasi kami berhubung dalam media sosial kalau ada yang nampak, biar sahaja detektif netizen yang buat kerja.

“Notifikasi itu kadang-kadang tanda suka pun boleh jadi notifikasi, stiker pun sama. Saya dah tutup notifikasi media sosial saya.

“Mengenai hal itu (terima notifikasi Fattah Amin) saya pun tidak pasti, kena periksa semula nanti. Adakah betul notifikasi itu daripada Fattah,” katanya kepada Kosmo! Online semasa ditemui pada pelancaran Rissa Skin X Fattah Amin, baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelantun lagu Hati-Hati itu geli hati dengan pelbagai spekulasi muncul antaranya dan Fattah memandangkan dia lebih selesa menyimpan rapi hal peribadi.

“Saya terkejut dan tergelak kadang-kadang macam-macam spekulasi ada. Saya tiada apa nak ulas, apa yang saya cerita sebelum ini itu sahaja yang saya boleh cakap.

“Saya pun bukan orang yang kongsi berlebihan mengenai hal peribadi kerana tidak selesa.

“Tentang Fattah ini tiada apa yang saya boleh komen, apa yang anda nampak itu memang atas dasar kerja yang lebih-lebih itu saya tak tahu nak komen macam mana,” ujarnya.

Sebelum ini, tular video TikTok memaparkan tangkap layar telefon Amira yang dipercayai ada notifikasi daripada Fattah.

Nama Amira juga disebut sebagai antara wanita yang mempunyai hubungan mesra dengan duda terbabit selepas bercerai pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Amira menepis gosip berkenaan selain menegaskan hubungan mereka sekadar gimik muzik video single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI