fbpx

Tambahan 3 trip feri sempena festival Pai Thee Kong Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga trip tambahan perkhidmatan feri beroperasi pada 5 Februari ini sempena sambutan Pai Thee Kong di Pengkalan Weld.

GEORGE TOWN – Tiga trip tambahan bagi perkhidmatan feri diatur pada 5 Februari ini bagi memudahkan pergerakan pengunjung sempena sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld, di sini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, tambahan perjalanan itu adalah hasil permohonan rasmi kerajaan negeri serta George Town World Heritage Incorporated.

“Tiga trip tambahan itu akan beroperasi dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di George Town ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth pada pukul 12 tengah malam, pukul 12.30 tengah malam, dan pukul 1 pagi,” katanya di sini hari ini.

Majlis sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Kongsi Pengkalan Chew Pulau Pinang itu dijadual bermula dari pukul 7 petang hingga pukul 12 tengah malam di Pengkalan Weld. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI