fbpx

Skuad hoki dalam dewan negara dibelasah Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN negara, Meor Azuan Hassan (kiri) cuba menghalang pergerakan pemain Jerman pada aksi pertama Kumpulan B hari ini. - FIH/WORLD SPORT PICS

KUALA LUMPUR – Penampilan sulung skuad hoki dalam dewan negara pada saingan Piala Dunia 2025 bermula dengan kisah duka apabila dibelasah 4-12 oleh pasukan gergasi dunia, Jerman.

Pada aksi Kumpulan B yang berlangsung di Porec, Croatia hari ini, skuad kendalian Mohd. Rodhanizam Mat Radzi boleh dianggap bukan lawan juara tiga kali itu apabila ketinggalan 1-3 di suku masa pertama.

Gol pasukan dari Eropah itu hadir menerusi masing-masing empat gol daripada Nicolas Proske dan Ben Hasbach manakala empat lagi gol dijaringkan Paul Dosch, Alec von Schwerin, Anton Boeckel dan Max Silanoglu.

Walaupun berdepan jaguh dunia, namun skuad negara masih cuba untuk memberikan saingan apabila Abdul Khaliq Hamirin meledak dua gol manakala Firdaus Omar dan Najmi Farizal Jazlan masing-masing melakukan satu jaringan.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B, Iran bermula dengan langkah kanan apabila membenam cabaran pasukan dari Amerika Selatan, Argentina menerusi kemenangan 5-3.

Menjelang perlawanan kedua esok, Malaysia dijadualkan menentang Argentina manakala Jerman akan membuat perhitungan dengan Iran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI