fbpx

Situasi banjir di Miri, Bintulu dalam pemantauan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Izram (tengah) menyampaikan sumbangan kepada waris anggota dan pegawai bomba yang meninggal dunia di Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus melakukan pemantauan untuk melihat perkembangan terkini situasi banjir yang melanda Miri dan Bintulu, Sarawak.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, perkembangan terkini itu diperoleh secara langsung dari lokasi kejadian yang disalurkan melalui Pusat Gerakan Operasi Kebangsaan di Putrajaya.

“Pusat gerakan itu beroperasi selama 24 jam setiap hari, melalui sistem C4i (Perintah, Kawalan, Komunikasi, Komputer dan Perisikan) yang baharu di pusat itu. Jadi, kita boleh menerima laporan mengenai bencana alam di Sabah dan Sarawak sepanjang masa.

“Selain itu, sistem itu membolehkan kita memantau setiap pergerakan anggota JBPM di sana sekali gus dapat menyampaikan arahan-arahan tertentu,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Izram memberitahu, JBPM merupakan agensi terawal menerima maklumat terkini termasuk kejadian tanah runtuh di Miri dan hujan lebat di Bintulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI