PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikunjungi pendakwah tersohor Amerika Syarikat Dr Omar Suleiman, hari ini.
Anwar berkata, perbincangan turut diadakan antaranya terkait gencatan senjata di Gaza dan situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
“Turut dibincangkan adalah peranan Malaysia dalam menegakkan mesej Islam yang inklusif dan sederhana.
“Beliau turut menyampaikan penghargaan terhadap usaha Malaysia melalui platform multilateral dalam program pembangunan semula Gaza yang kini sedang digiat dirancang sebaik-baiknya,” katanya menerusi Facebook. – KOSMO! ONLINE