fbpx

‘Pertahan kedaulatan walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terpelihara walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan perlu bijak dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua pihak dan meningkatkan kerjasama strategik dalam menangani isu serantau serta sempadan negara.

“Malaysia akan terus kukuh atas semangat kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Setiap tindakan dan keputusan mestilah dibincang secara sepakat demi masa depan rakyat dan negara,” titah baginda pada ucapan perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 hari ini.

Yang di-Pertuan Agong seterusnya bertitah, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini perlu menunjukkan keupayaan dalam memimpin dan menentukan hala tuju ASEAN.

Titah baginda, Malaysia juga perlu kekal tegas mendukung prinsip keamanan, menentang keganasan dan penindasan.

“Peperangan di Gaza perlu segera ditamatkan dan keadilan undang-undang hendaklah dilaksanakan,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI