fbpx

Pemuda patah bahu langgar 4WD APM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian itu.

KLANG – Seorang pemuda patah bahu kiri apabila motosikal ditungganginya melanggar kenderaan pacuan empat roda (4WD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru di sini, semalam.

Ketika kejadian kira-kira pukul 8.38 malam, mangsa merupakan pekerja swasta berusia 25 tahun dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya di Meru dari rumah sewanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Rahimi Zainol berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila 4WD APM dalam perjalanan ke Shah Alam dari Puncak Alam bagi tugasan menyelamat di Sri Muda.

Katanya, kenderaan itu telah memasang lampu mentarah (beacon light) dan siren amaran.

“Apabila tiba di lampu isyarat, penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya di Meru telah melanggar bahagian sisi kiri belakang 4WD APM.

“Mangsa yang patah bahu kiri telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa dijangka dibenarkan pulang petang ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI