fbpx

Pam hidraulik bantu Kada atasi masalah bekalan air di petak sawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalid (kanan) menunjukkan tuaian tanaman salad dihasilkan menerusi kaedah hidroponik yang diusahakan kakitangan Kada di Pusat Latihan Pertanian Kada, Melor di Kota Bharu hari ini. - Foto oleh TOREK SULONG / KOSMO!

KOTA BHARU – Penggunaan pam hidraulik bernilai RM300,000 yang dibekalkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membantu menyelesaikan masalah bekalan air ke petak sawah di bawah kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Pengerusi Kada, Khalid Abd. Samad berkata, meskipun bekalan air itu disalurkan dalam tempoh sementara, ia memboleh kerja-kerja menanam padi di kawasan 26,883 hektar membabitkan lebih 7,000 pesawah berjalan mengikut jadual.

Menurutnya, rata-rata pesawah mengakui usaha yang dilakukan oleh Kada dan JPS itu banyak membantu mereka dalam mendepani perubahan cuaca tidak menentu.

“Fokus utama Kada selepas ini adalah untuk membina kawasan takungan yang bersifat tahan lama dalam menyelesaikan masalah bekalan air secara lebih tuntas.

“Selain itu, kita harap pembinaan struktur cerucuk besi membolehkan enjin di rumah pam Kada berfungsi tanpa gangguan terutamanya di musim kemarau,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Projek Pertanian Rintis di Pusat Latihan Pertanian Kada, Melor di sini hari ini.

Khalid memberitahu, masalah bekalan air terutamanya pada musim kemarau akan dapat diselesaikan selepas projek itu siap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI