fbpx

‘Orang gila radikal urus USAID’ – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRUMP menuruni tangga helikopter rasmi, Marine One semasa tiba di White House semalam. – AFP

WASHINGTON – Orang terkaya dunia, Elon Musk semalam mengecam Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan menggelarnya sebagai ‘organisasi jenayah’. 

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Donald Trump berkata, USAID ‘diuruskan oleh orang gila radikal’ dan beliau sedang mempertimbangkan masa depan organisasi berkenaan.

“USAID ialah organisasi jenayah,” kata  Musk dalam satu kenyataan di platform X miliknya ketika memberi maklum balas berhubung rakaman video yang mendakwa penglibatan USAID dalam ‘kerja CIA penyangak’  dan ‘penapisan internet’. 

Dalam jawapan seterusnya Musk tanpa memberikan bukti, bertanya kepada 215 juta pengikutnya di laman X: “Tahukah anda bahawa USAID, menggunakan duit cukai ANDA, membiayai penyelidikan senjata kimia termasuk Covid-19 yang membunuh berjuta-juta orang?”

Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut.

“USAID dikendalikan oleh sekumpulan orang gila radikal, dan kami mengeluarkan mereka… dan kemudian kami akan membuat keputusan (mengenai masa depannya),” kata Trump pula semalam tanpa mengulas lanjut.

Trump juga menyuarakan sokongannya kepada Musk. Beliau memberitahu pemberita malam semalam bahawa bilionair  itu ‘melakukan pekerjaannya dengan baik’  walaupun mereka tidak bersetuju dalam semua perkara.

“Beliau (Musk) ialah seorang yang bijak dalam penjimatan kos. Kadang-kadang, kami tidak bersetuju dengannya atau kami tidak sehaluan. (Namun), beliau ialah seorang lelaki yang bijak,” kata Trump.

Trump pada mulanya membekukan semua perbelanjaan bantuan USAID selama tiga bulan. Walaupun beliau kemudian memberikan pengecualian untuk makanan dan bantuan kemanusiaan lain, pekerja-pekerja  bantuan USAID berkata, mereka tidak pasti tentang masa depan organisasi tersebut.

USAID yang merupakan sebuah agensi bebas ditubuhkan oleh akta Kongres, menguruskan belanjawan  berjumlah AS$42.8 bilion(RM192 bilion)  untuk bantuan kemanusiaan dan bantuan pembangunan di seluruh dunia. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI